Friday, November 23, 2007

Menampal Kertas Tisu dgn Sealer

Step ini adalah penting. Kerana kesilapan dan kekurangan ketelitian cara sapuan pada kertas tisu boleh memberikan kesan kedutan, bubble malah kertas tisu boleh menjadi koyak !!
Untuk menampalkan kertas tisu, kita mengguna sealer & brush.
  • Ambil kertas tisu yang telah kita guntingkan tadi.
  • Celupkan sedikit brush ke dalam cecair selaer (sedikit sahaja)
  • Letakkan sedikit pada tengah-tengah kertas tisu
  • Kemudian letakkan kertas tisu tersebut ke tin (berhati-hati)
  • Kemudian bolehlah sapukan secara perlahan ... kiri kanan, atas bawah
  • Pastikan keseluruhan kertas tisu telah sempurna disapukan dengan sealer.
*Tips: Jangan celup terlalu banyak sealer, boleh mengakibat kertas tisu terlalu lembab dan koyak.





Sapukan sedikit sealer pada tengah kertas tisu. Kemudian tampalkan pada tin.









Setelah itu tampalkan kertas tisu pada. Dan sapukan sealer. Kiri kanan atas bawah secara perlahan-lahan. Pastikan kertas tisu tidak berkedut.















Pastikan keseluruhan kertas tisu telah disealer dengan sempurna. Keringkan.