Friday, November 23, 2007

Kraftangan:Deacoupage

Deacoupage adalah merupakan satu seni kraftangan gunting & tampal. Mengikut daya kreativiti boleh menghasil deacoupage yang menarik. Kita boleh menggunakan pelbagai bahan seperti kertas tisu, kertas bercorak, kain perca dan kita boleh menampal pada material seperti bahan-bahan terbuang, tin, kayu, seramik, dan pelbagai lagi.

Deacoupage yang terhasil adalah berdasarkan kepada kreativiti masing-masing. Disini saya tunjukkan serba sedikit deacoupage yang telah dibuat. (Asas)

Deacoupage pada mangkuk



Deacoupage ke atas piring


Ros



Strawberry..

Deacoupage ke atas papan pemotong

Bahan Keperluan Deacoupage

Bahan utama:
Sealer (Jo Sonja's /Multifilla), White Gesso(Jo Sonja's), Varnish (Ronseal/Jo Sonja's/Multifilla , Acrylic Paint (Americana)
Sebenar bahan seperti nie ada jenama Jo Sonja's, Americana (mahal sikit). Ada juga brand yang murah sikit seperti Multifilla http://www.multifilla.com/. Ini terpulang kepada keperluan dan poket anda.

Ada juga sesetengah pengguna menggunakan varnish daripada brand Ronseal. Ini semua bergantung kepada kreativiti dan alternatif masing-masing.

Seperti saya, saya menggunakan separuh produk murah dan separuh lagi saya menggunakan produk jenama mahal. Kira hasilnya seimbang dan yang pasti memuaskan.



Alatan:



Berus, Span sebaik-baiknya asingkan brush untuk seal & varnish

** Setelah menggunakan peralatan seperti berus dan span, anda boleh rendam dengan air biasa

Kertas Tisu:



Boleh didapati di Jaya Jusco/Sogo dan tempat-tempat lain . Harga RM13.90 ada 20 helai. atau anda boleh corak lain yang menarik. Sebaik-baiknya kertas tisu ini kita boleh kongsi dengan rakan-rakan lain yang berminat dengan deacoupage. Jom Tukar2 Kertas Tisu!!

Sealer






Sealer adalah merupakan gam untuk deacoupage.

Cara sapuan: Sapukan keseluruhan tin. Sapuan secara sehala gunakan brush.

Untuk deacoupage ke atas tin dan kayu anda perlu sealer dahulu, biarkan satu hari..... baru boleh teruskan...... step seterusnya.... tunggggggggggggu lah!

Gunting Kertas Tisu


Guntingkan Kertas Tisu atau corak yang anda perlukan.

Perlu menggunakan gunting kecil dan tajam.

Gunting berhati-hati mengikut corak pada kertas tisu.


Selamat mengunting.. jangan sampai terkoyak... aduih... tergunting jari pulak..

Lapisan Kertas Tisu


Pisahkan lapisan pada kertas tisu

Tinggakan satu sahaja lapisan.

Campuran Paint + White Gesso




Anda perlu mencampurkan White Gesso (3/4) + Paint (1/4). Bergantung pada besar material yang ingin kita catkan.

Kacaukan kan paint menggunakan Brush kecil dan anda boleh tambahkan paint bergantung warna yang ingin anda kehendaki.

Tips: Warna yang anda pilih perlu bersesuaian dengan corak yang ingin kita tampalkan.

Cara mengecat




Cara mengecat:
  • Menggunakan span biasa. Potong kecil mengikut saiz material kita yerk.
  • Cara dap... dap... (macam pakai foundation).
  • Sapuan sehala.
  • Pastikan sapuan pertama telah kering, dan baru lakukan sapuan kedua.
  • Tips: untuk bagi sapuan cepat kering anda boleh guna hair dryer.

Ok tak??