Friday, November 23, 2007

Kraftangan:Deacoupage

Deacoupage adalah merupakan satu seni kraftangan gunting & tampal. Mengikut daya kreativiti boleh menghasil deacoupage yang menarik. Kita boleh menggunakan pelbagai bahan seperti kertas tisu, kertas bercorak, kain perca dan kita boleh menampal pada material seperti bahan-bahan terbuang, tin, kayu, seramik, dan pelbagai lagi.

Deacoupage yang terhasil adalah berdasarkan kepada kreativiti masing-masing. Disini saya tunjukkan serba sedikit deacoupage yang telah dibuat. (Asas)

Deacoupage pada mangkuk



Deacoupage ke atas piring


Ros



Strawberry..

Deacoupage ke atas papan pemotong

Bahan Keperluan Deacoupage

Bahan utama:
Sealer (Jo Sonja's /Multifilla), White Gesso(Jo Sonja's), Varnish (Ronseal/Jo Sonja's/Multifilla , Acrylic Paint (Americana)
Sebenar bahan seperti nie ada jenama Jo Sonja's, Americana (mahal sikit). Ada juga brand yang murah sikit seperti Multifilla http://www.multifilla.com/. Ini terpulang kepada keperluan dan poket anda.

Ada juga sesetengah pengguna menggunakan varnish daripada brand Ronseal. Ini semua bergantung kepada kreativiti dan alternatif masing-masing.

Seperti saya, saya menggunakan separuh produk murah dan separuh lagi saya menggunakan produk jenama mahal. Kira hasilnya seimbang dan yang pasti memuaskan.



Alatan:



Berus, Span sebaik-baiknya asingkan brush untuk seal & varnish

** Setelah menggunakan peralatan seperti berus dan span, anda boleh rendam dengan air biasa

Kertas Tisu:



Boleh didapati di Jaya Jusco/Sogo dan tempat-tempat lain . Harga RM13.90 ada 20 helai. atau anda boleh corak lain yang menarik. Sebaik-baiknya kertas tisu ini kita boleh kongsi dengan rakan-rakan lain yang berminat dengan deacoupage. Jom Tukar2 Kertas Tisu!!

Sealer






Sealer adalah merupakan gam untuk deacoupage.

Cara sapuan: Sapukan keseluruhan tin. Sapuan secara sehala gunakan brush.

Untuk deacoupage ke atas tin dan kayu anda perlu sealer dahulu, biarkan satu hari..... baru boleh teruskan...... step seterusnya.... tunggggggggggggu lah!

Gunting Kertas Tisu


Guntingkan Kertas Tisu atau corak yang anda perlukan.

Perlu menggunakan gunting kecil dan tajam.

Gunting berhati-hati mengikut corak pada kertas tisu.


Selamat mengunting.. jangan sampai terkoyak... aduih... tergunting jari pulak..

Lapisan Kertas Tisu


Pisahkan lapisan pada kertas tisu

Tinggakan satu sahaja lapisan.

Campuran Paint + White Gesso




Anda perlu mencampurkan White Gesso (3/4) + Paint (1/4). Bergantung pada besar material yang ingin kita catkan.

Kacaukan kan paint menggunakan Brush kecil dan anda boleh tambahkan paint bergantung warna yang ingin anda kehendaki.

Tips: Warna yang anda pilih perlu bersesuaian dengan corak yang ingin kita tampalkan.

Cara mengecat




Cara mengecat:
  • Menggunakan span biasa. Potong kecil mengikut saiz material kita yerk.
  • Cara dap... dap... (macam pakai foundation).
  • Sapuan sehala.
  • Pastikan sapuan pertama telah kering, dan baru lakukan sapuan kedua.
  • Tips: untuk bagi sapuan cepat kering anda boleh guna hair dryer.

Ok tak??



Menampal Kertas Tisu dgn Sealer

Step ini adalah penting. Kerana kesilapan dan kekurangan ketelitian cara sapuan pada kertas tisu boleh memberikan kesan kedutan, bubble malah kertas tisu boleh menjadi koyak !!
Untuk menampalkan kertas tisu, kita mengguna sealer & brush.
  • Ambil kertas tisu yang telah kita guntingkan tadi.
  • Celupkan sedikit brush ke dalam cecair selaer (sedikit sahaja)
  • Letakkan sedikit pada tengah-tengah kertas tisu
  • Kemudian letakkan kertas tisu tersebut ke tin (berhati-hati)
  • Kemudian bolehlah sapukan secara perlahan ... kiri kanan, atas bawah
  • Pastikan keseluruhan kertas tisu telah sempurna disapukan dengan sealer.
*Tips: Jangan celup terlalu banyak sealer, boleh mengakibat kertas tisu terlalu lembab dan koyak.





Sapukan sedikit sealer pada tengah kertas tisu. Kemudian tampalkan pada tin.









Setelah itu tampalkan kertas tisu pada. Dan sapukan sealer. Kiri kanan atas bawah secara perlahan-lahan. Pastikan kertas tisu tidak berkedut.















Pastikan keseluruhan kertas tisu telah disealer dengan sempurna. Keringkan.

Proses Varnish







Sapukan secara sehala


Varnish kelihatan seperti cecair berlikat. Varnish fungsinya dalah untuk mengilatkan dan menampak seri pada hasil kraftangan kita.


Sapuan varnish adalah step terakhir dalam pembikinan deacoupage.

*Cara sapuan yang sama rata dan sehala.
* Sapukan varnish pada keseluruhan tin.
*Pastikan sapuan pertama telah kering, kemudian baru buat sapuan varnish kali kedua. Keringkan.
*sapuan boleh dibuat dengan mengguna brush biasa (pastikan warna bulu brush tidak luntur)
huiihhh selesai.... -TAMAT-

Tra tata tata....Hasilnya


Inilah hasilnya deacupage pada tin-tin. Selamat Mencuba !!
Ini adalah teknik-teknik asas untuk deacoupage. Dengan kreativiti masing-masing kita boleh hasilkan satu deacoupage yg menarik.
Terima kasih kepada mereka yang telah memberi tunjuk ajar khususnya kepada wanitamelayu.com.. dan tok guru kita yang sentiasa kreatif "home maker".. Thank you so much!
Segala kesilapan / kesalahan sila beri tunjuk ajar.